Sunday, 15 January 2017

pengalaman mengambil lesen memandu kelas manual

15/1/17

 
          Assalamualaikum hai semua,,hari ni aku nak berkongsi pengalaman aku mengambil lesen memandu SEKALIGUS UJIAN JPJ(part ni ramai orng takut kan).........



Tak mau bebel panjang2....aku daftar di wimozad dungun masa cuti sem sebelum masuk degree di Gombak...ceritanya aku daftar hari sabtu bayar 424 hengget  and then terus masuk kelas undang-undang selama 6 1/2 jam (tak silap aku)....setengah sekolah memandu dah tetapkan cikgu dan setengah lagi pelajar boleh pilih sendiri cikgu mana yang diorang berkenan...di wimozad kena pilih cikgu(satu cikgu pun aku tak kenal)...

Part 2 ujian komputer selang 3 hari je selepas kelas undang-undang pada hari rabu 9/11 aku pun pergi myeg untuk test undang-undang..ha dekat sini korang perlu bawak ic,duit RM10 and bawa diri korang okayy...jujur aku cakap 3 hari tu sangat singkat masanya mas tu la kau nak balun semua kan 
BTW,buku kpp aku in english(tengok atas stok sekolah memandu) tapi masa test korang boleh pilih nak  malay or english....untuk tambahan aku buat latihan dalam website kpp jpj test(soalan dalam ni agak susah) and aku download dari playstore ujian kpp sebagai persediaan untuk test....
 Pada hari  kejadian:,,

                                                               Aik,xde selipar,kasut!!haha
thats mean aku seorang je nak test waktu tu,maklumla hari rabu pagi kul 8.20....sape la nak test awal-awal kan??? Then serah i/c,bayar 10 ringgit ,amik gambar then terus masuk bilik ujian berkomputer tanpa perlu queue up..yela mana taknya aku sorang2 ajer...tips untuk korang ye 1)jangan gopoh 2) baca soalan betul-betul 3)jangan kejar masa dan semak balik jawapan tu ye.....kalau gagal kena bayar lagi sebab tu aku suruh buat betul2..hadam yer

tadaa!! Alhamdulillah aku dapat 49/50
Then hantar salinan ni beserta bayaran RM 212.00 and sekeping gambar untuk lesen L(bayaran berbeza setiap institut memandu),,,,,,Aftr 2 weeks i got my L 


contoh di atas agak blur...aku belajar memandu dengan kak mie(akak kaunter wimozad la yg suggest)..oleh sebab ramai sangat pelajar aku punya turn belajar pada minggu2 akhir bulan 12 huhu....first masa dalam litar aku diajar sepenuhnya oleh cg.Alim(pembantu k.mie)..Alhamdulillah aku faham la apa yang diajar and banyak tips2 dia .....lepas mahir di litar aku ke jalan raya bersama k.mie,,Ternyata jalan raya lagi mencabar la(bagi aku)..gelabah teruk sangat hehe....

kelas manual; ujian bukit,selekoh z,selekoh s, parking sisi,ujian tiga penjuru
jalan raya pulak cukuplah patuhi semua undang2 jalan raya..

then k.mie pun cakap Ok Kauthar,u boleh test jpj 9/1/17 ye.....k.mie tengok da pandai nie..
aku dalam hati.,,WHAT??ok la...lepas tu aku refresh balik rpk dan rsm sehari sebelum jpj test aku pergi dekat pondok rpk nak refresh balik semuanya..(TEMPOH BELAJAR AKU DALAM 2 MINGGU LEBIH KUT)cukup la untuk aku hadam sepenuhnya...


JPJ TEST 9/1/17

macam biasa la mula2 dengar taklimat then buat rpk and rsm..alhamdulillah lulus..
aku kena bahagian litar dulu and korang rasa aku kena nombor berapa erk test bahagian litar???

okay ye guys,,part ni la aku tak boleh lupa,,sebenarnya angka giliran aku nombor 17 tapi memandangkan nombor 1-10 test jalan raya dulu so no.11 keatas buat di litar..masa tu cg. ada tanya aku belajar viva atau kancil? Aku jawab la kancil and gues what???
"Okay u amik kereta depan sekali tu ye Kancil"

Aku masa tu cubit pipi aku banyak kali,aku student pertama yang akan MERASMIKAN UJIAN LITAR WIMOZAD...kaki aku masa tu x payah cerita la ketar dia macam mana..tapi aku msih waras dan tahu apa perlu buat...xdela sampai pengsan kan...oleh sebab aku ni orang pertama, gabra tu lain macam sikit la...masa ujian bukit aku berhenti sebelum garisan kuning so kena buat sekali lagi la,kali kedua baru lepas,tu pun ada cg yang menjerit' kereta tu kena angkat clutch banyak sket ye..'ow patutla payah sangat nak bawak kereta ni..hahaha,,untuk semua ujuian litar alhamdulillah aku lulus semuanya la tapi tolak 2 markah sebb bukit buat 2 kali so aku dapat 68/70 untuk ujian litar.

lepas tu mula la jalan raya,,jujur aku cakap aku takut sangat nak bawak atas jalan raya ni...perasaan aku tepat sebab aku dapat pegawai jpj yang agak strict waktu tu,,sebab apa markah aku atas tong hehe,,markah lulus jalan raya 64/80 ye,,and aku hanya dapat 65/80 fuhh nasib baik lulus..apapun thanks ye encik bagi saya lulus....TIPS YE JANGAN BERANGAN MASA MEMANDU ini terjadi pada aku sendiri sehinggakan aku LUPA NAK TUTUP SIGNAL huhuhu sebb tu la markah kena tolak..

selepas settle semua aku serah borang markah pada cg bertugas dan aku balik dengan gembira + rasa tak best sebb rasa macam nak buat ujian jalan raya balik hehe..Apapun ye kena bersyukur  sebab tak payah keluar duit lagi nak repeat.

Itu jela perkongsian daripada aku sekian saja terima kasih......













5 comments:

  1. salam ambik lesen kat mana..
    area kl ke...ada no contact kak mie tu x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah, https://www.lookp.com/malaysia/driving-school

      Delete
  2. Hi maaf tumpang tanya. Sy pun ambil lesen kt wimozad. Klau laluan A untuk jln raya tu kena lalu kg gong pasir kan? Lepastu kena msuk simpang mana ye? Sbb byk sgt simpang nya

    ReplyDelete
  3. Ada nombor tel pekerja wimozard?

    ReplyDelete
  4. 013-981 6161
    019-936 0326
    016-975 5328
    09-842 3133

    Google jumpa nombor ni di wimozad

    ReplyDelete